Umur Kucing Berbanding Umur Manusia

Facebook
LinkedIn
Twitter
WhatsApp

Hubungan kucing dengan manusia adalah cukup istimewa. Bagi pemilik yang mula menjaga kucing sejak lahir sampai sekarang pasti berkongsi pelbagai detik indah dengan haiwan kesayangannya. Pemilik juga harus mengetahui umur kucing peliharaan mereka apabila mereka semakin membesar. Pakar saintifik menyimpulkan bahawa umur kucing dianggap seperti setiap 1 tahun bersamaan dengan umur manusia 4 tahun. Sesetengah baka kucing seperti Siam dan Manx mempunyai jangka hidup yang tinggi berbanding dengan baka lain.

1. Kitten (0 - 6 bulan)

Kucing muda ini, walaupun belum cukup matang untuk perkara-perkara berkaitan dengan hubungan seksual, adalah seolah-olah mereka terperangkap dalam kronologi yang perlahan. Difahamkan bahawa 4 minggu adalah seperti 1 tahun dalam dunia mereka, 3 bulan menyerupai 4 tahun, dan 6 bulan seakan-akan  seperti 10 tahun dalam kehidupan mereka. 

Ini merupakan satu tempoh seekor kucing muda membesar dengan cepat. Dalam tempoh ini kucing dikatakan belum boleh mengawan dan kelihatan seperti masih budak-budak lagi. Pertumbuhan gigi pertama akan muncul dari 2 hingga 4 minggu. Gigi kekal mereka akan terbentuk pada bulan keempat. 

Kucing juga memerlukan set vaksin pertama pada usia sekitar 8 – 14 minggu. Kebaikan vaksin ini dapat menjadikan kucing lebih sihat malah boleh menyelamatkan nyawa mereka

2. Junior (7 bulan - 2 tahun)

Pertumbuhan kucing ialah seperti teka-teki yang memusingkan minda. Kucing-kucing ini makin besar secara perlahan, Mereka mencapai saiz penuh mereka dan mula berusaha untuk mengejar erti kehidupan yang kompleks. Ketika ini dia sudah mula belajar untuk mencari makan dan berdiri di kaki sendiri (berdikari).

Jika kita mencuba menyamakan umur mereka dengan tahun manusia, ia seolah-olah kita bermain dalam permainan angka yang sangat rumit. 12 bulan kucing boleh dianggap setara dengan 15 tahun manusia. Manakala 2 tahun pula bersamaan dengan 24 tahun.

Kucing mencapai kematangan seksual antara umur 6 dan 12 bulan tetapi ia juga bergantung kepada baka. Kucing betina boleh mengandung setiap 2 bulan dan melahirkan sekurang-kurangnya 5 ekor anak. Oleh itu, proses pemandulan kucing betina perlu dibuat seawal mungkin kerana ia dapat mengawal populasi kucing.

Gigi kucing pada masa ini akan mempunyai beberapa kesan kekuningan yang menunjukkan kucing berusia 1 atau 2 tahun.

3. Adult (3 - 6 tahun)

Kucing dewasa, dalam aspek fizikal dan tingkah laku menunjukkan tahap kecergasan yang mempesonakan. Dalam usia 4 tahun, mereka seolah-olah telah menghabiskan 32 tahun di alam manusia, dan pada usia 6 tahun, kecerdikan mereka telah melangkaui 40 tahun, menjadikan mereka lebih luar biasa. Pada tempoh ini, ia sangat sihat dan aktif. Bulu kucing pun akan berkelihatan anggun dan bersinar. Tempoh ini dikatakan sebagai tahap hidup terbaik dalam kehidupan seekor kucing.

Semua gigi kucing akan mempunyai kesan kekuningan menunjukkan kucing itu berusia 3 – 5 tahun.

4. Mature (7 - 10 tahun)

Dalam usia kucing yang tiba di pertengahan perjalanan hidupnya, ia amat memerlukan pemerhatian yang teliti. 7 tahun kucing seakan-akan setara dengan 44 tahun manusia, tetapi tunggu, 8 tahun kucing membawa kita ke dalam dunia yang berumur 48 tahun.  Manakala bagi 10 tahun kucing memberi kita pandangan seperti kita berusia 56 tahun. 

5. Senior (11 - 14 tahun)

Kini, fasa tua kucing itu bukan lagi aktif seperti zaman mudanya. 11 tahun berkiraan seperti 60 tahun manusia, 12 tahun pula seperti 64 tahun, dan bila dah 14 tahun,  dia seperti sudah 72 tahun manusia. Pada peringkat ini, kucing sudah mulai kehilangan nafsu makan atau penurunan berat badan yang dapat mengindikasikan masalah pencernaan.

Kucing juga akan kerap membuang air kecil dan sering berasa haus yang boleh menyebabkan masalah urinari. Kucing juga akan kelihatan seperti binggung, cemas dan menunjukkan kelakuan yang tidak biasa.

Pada peringkat ini, kucing mulai kehilangan gigi ketika ia sudah berusia 10 hingga 15 tahun. Mata kucing juga akan semakin kabur dan mengeluarkan sedikit cecair. Ini adalah satu tanda bahawa kucing anda telah memasuki fasa senior. 

6. Super Senior (15 tahun ke atas)

Kini, kucing-kucing sedang mengembara fasa kehidupan yang penuh terhad. 15 tahun kucing setara dengan 76 tahun manusia, 16 tahun adalah seolah-olah 80 tahun manusia, dan 17 tahun adalah seperti 84 tahun manusia. 

Organ internal seperti hati, ginjal dan sistem kardiovaskular tidak berfungsi secara efisien seperti kucing muda. Fungsi metabolisme akan mulai menurun dan sistem imun akan menjadi lemah. Bulu kucing akan memutih, kasar, jarang dan kualiti bulunya akan berkurang. Kucing juga akan lebih mengabiskan masanya dengan tidur sahaja pada masa ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *