Home » 8 Jenis Gaya Tidur Kucing
8 Jenis Gaya Tidur Kucing
Setiap kucing memiliki gaya tidur yang berbeza. Kita semua pasti tahu bahawa kucing memiliki hobi tidur. Beberapa artikel mengatakan bahawa kucing boleh tidur lebih kurang hingga 18 jam sehari. Hal ini disebabkan oleh kecenderungan sosial. Kucing boleh tidur dengan sendiri atau bersama pemiliknya kerana secara amnya kucing memiliki hubungan sosial dan mempunyai ikatan dengan manusia.
Kedudukan tidur kucing umumnya berkait rapat dengan dua faktor utama, iaitu suhu dan tahap keselesaan. Semakin selesa suhu dan persekitaran mereka, kucing akan menjadi lebih rileks dan kedudukan tidurnya akan lebih sempurna.

1. Berbaring bergulung
Kucing sering tidur dengan tubuh mereka yang tergulung, menutupi wajah mereka dengan ekor atau kaki. Ini adalah tanda bahawa kucing ingin melindungi diri dan berasa hangat dalam posisi ini. Kucing mungkin memilih posisi ini ketika berasa tidak aman atau cemas.
Kucing juga tidur bergulung pada cuaca sejuk. Posisi ini juga membawa maksud kucing anda sedang berehat di tempat terbuka atau kurang selamat. Untuk itu, kucing tidur dalam posisi yang menyorokkan perutnya. Posisi ini juga sering digunakan oleh haiwan liar lain seperti musang.

2. Tidur dalam ruang kecil
Sebagai pemilik kucing, sudah pasti anda pernah melihat kucing anda gemar untuk duduk dalam kotak atau ruangan sempit lain walaupun anda sudah menyediakan tempat tidur yang jauh lebih luas dan selesa. Kucing menjadikan kotak sebagai kawasan persembunyian sebelum menyerang sasaran mereka ketika sedang bermain. Selain itu, kucing juga menunjukkan rasa bimbang terhadap persekitaran luaran jika tidur dalam keadaan begini.
Kebiasaannyaa hal ini terjadi apabila kucing rasa tidak selamat dengan keadaan sekeliling. Kucing akan mencari tempat yang selesa dan selamat untuk tidur. Kotak yang kukuh akan buatkan mereka rasa terselamat dari ancaman luar. Anda boleh bantu kucing anda dengan menyediakan sebuah kotak khas untuk kucing anda dilengkapi dengan bantal yang lembut untuk menambahkan lagi keselesaan kucing anda.

3.Tidur separuh mata
Kucing suka tidur dengan matanya separuh tertutup. Hal ini kerana, kucing ini ingin menunjukkan sifat pemangsanya supaya mereka boleh bertindak balas dengan serta-merta terhadap apa-apa sahaja yang boleh mengejutkan mereka.
Menurut pakar juga, kucing yang tidur dengan separuh mata bermakna kucing sangat berwaspada, berehat sambil memerhatikan bahaya yang mungkin berlaku. denganhanya separuh tertutup juga bermakna kucing itu dapat menjejaki persekitaran mereka dan berasa lebih selesa. Bagaimanapun, mungkin kucing anda baru sahaja tidur jadi mata mereka masih kelihatan separuh terbuka.

4. Gaya ayam bertelur.
Kedudukan ini ialah apabila seekor kucing tidur dengan kaki dan ekornya terselit di bawahnya, dan ia kelihatan seperti ayam bertelur. Mereka tidur dalam kedudukan ini kerana ia sangat selesa dan membuatkan mereka berasa hangat. Kaki kucing tidak mempunyai bulu untuk mengawal haba, jadi apabila apabila kakinya sejuk, posisi ini akan dapat memanaskan kaki mereka kerana kaki disimpan di bawah badan dan sekali gus memerangkap haba.
Kucing yang tidur dalam posisi ini kebiasaannya tidur mereka tidak nyenyak, dan biasanya hanya bertahan selama 15 hingga 20 minit sahaja. Posisi ini bermakna kucing anda sedang mengantuk, tapi masih berjaga-jaga dengan persekitaran.

5. Tidur Mengiring
Posisi ini kelihatan sama seperti tidur menghalakan perut ke atas tetapi posisi ini dalam keadaan mengiring dan hanya sebahagian perut yang kelihatan. Pakar mengatakan posisi ini adalah petanda positif bahawa kucing anda berasa selesa di sekeliling anda dan di dalam rumah anda.
Kucing yang tidur mengiring selalunya akan tidur dalam keadaan nyenyak dan pada tempoh masa yang agak lama. Sama seperti manusia, tidur mengiring adalah salah satu posisi yang paling selesa untuk kucing. Posisi ini sedikit lucu buat kucing kerana mereka kelihatan leper dan comel ketika tidur.

6. Menunjukkan perut sepenuhnya
Kedudukan Belly up cat merupakan posisi di mana kucing tidur dalam keadaan perutnya menghala ke atas dan menunjukkan bulu-bulu perutnya yang gebu itu terdedah. Posisi ini menunjukkan bahawa kucing itu berasa selamat dan gembira dengan persekitaran mereka.
Bahagian perut adalah salah satu bahagian yang paling sensitif dan dijaga oleh kucing daripada musuh. Jadi, jika kucing anda tidur dalam keadaan perut di atas, ini bermakna mereka percayakan anda dan persekitarannya.

7. Menutup mata dengan tangan
Posisi ini menunjukkan mereka ingin menghalang matahari atau cahaya terang di dalam bilik daripada memasuki mata dan juga menghalang hidung mereka daripada haba yang melampau.
Selain itu, menurut pakar mereka juga menutupi matanya kerana tidak ingin diganggu dan mereka ingin bersendirian untuk berehat. Jika anda ternampak kucing anda sedang tidur dalam posisi ini, adalah lebih baik jika anda tinggalkan dan cuba elakkan daripada membangunkan mereka. Hal ini kerana jika mereka terbangun, kucing ini mungkin akan murung dan mudah marah.

8. Memalingkan punggung kepada anda.
Posisi ini juga menunjukkan bahawa kucing itu percaya kepada tuannya dan berasa selamat untuk berada di sekitar kawasan rumah. Dalam posisi tidur ini, kucing juga memberikan rasa percaya pada pemiliknya kerana perut ini merupakan bahagian kelemahanya.
RELATED NEWS

How to Decode Your Cat’s Body Language

Unveiling Why do Cats Eat Grass?

Benefits of Cranberry towards Cats
